APRIL, 2025
Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri
AmanahRaya Trustees Berhad menerusi inisiatif CSR telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri bersama warga Rumah Bakti Nur Ain bagi memeriahkan sambutan Syawal serta berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yatim dan asnaf di sana. Majlis ini diserikan dengan agihan duit raya, penyampaian sumbangan zakat, dan juadah istimewa, sebagai tanda keprihatinan dan komitmen AmanahRaya Trustees dalam mendekati komuniti. 💞🌙